Komuniti Caribbean

Komuniti Caribbean (CARICOM atau CC) ialah organisasi lima belas negara Caribbean dan kebergantungan yang mempunyai objektif utama untuk mempromosikan integrasi ekonomi dan kerjasama di antara anggotanya, untuk memastikan manfaat integrasi diimbangi secara saksama, dan untuk menyelaraskan dasar luar negeri.[1] Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1973. Kegiatan utamanya adalah menyelaraskan dasar ekonomi dan perancangan pembangunan; merancang dan melaksanakan projek khas untuk negara-negara kurang maju dalam bidang kuasanya; beroperasi sebagai pasaran tunggal serantau bagi kebanyakan anggotanya (Caricom Single Market); dan mengendalikan pertikaian perdagangan serantau. Ibu pejabat sekretariat terletak di Georgetown, Guyana. CARICOM ialah Pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[2]

Rujukan

WikiPedia: Komuniti Caribbean http://www.caribbeannetnews.com/news-15757--63-63-... http://www.caribbeannewsnow.com/caribnet/2005/09/2... http://www.caribbeannewsnow.com/caribnet/caricom/c... http://www.caribbeannewsnow.com/caribnet/cgi-scrip... http://www.guyanajournal.com/caricom_integration.h... http://www.jamaica-gleaner.com/gleaner/20100704/cl... http://www.trinidadandtobagonews.com/forum/webbbs_... http://www.worldtradelaw.net/fta/agreements/carico... http://carrex.caricom.org/CARICOM http://today.caricom.org/